Pages

Subscribe:

Sunday, 19 February 2012

Jom pakat join e-Usrah


Di zaman serba canggih ni, semuanya dihujung jari..nk connect ngn kawan2 pun senang, FB, twitter dan segala bagai lagi la..nak cari ape2 maklumat pun senang..tanya je Mr G..(Mr GOOGLE) hehe...So, bg sahabat2 yg dahagakan ilmu, nk menghadiri kuliah tapi x d masa, leh join e-usrah ni...bukan usrah bulat2 tu, tp dh on9 skng ni..hebat x?...pelbagai topik dibincangkan..bukan takat agama jer, sains, kehidupan, motivasi n others...so, sahabat2 nisa' sekalian sila browse http://e-usrah.com/tentang-eusrah/pengenalan-e-usrah untuk baca lebih lanjut tentang e-usrah ni..

                                                        

Thursday, 16 February 2012

Usrah Baking @ Kak Nina's House



 Usrah Baking @ Kak Nina's House 11/02/12

Red Velvet Cake

Bahan-bahan (petua asas baking : semua ingredients mesti berada dalam suhu bilik. Means, kena keluarkan awal2 dari fridge)

2 1/2 cawan tepung gandum**
1/2 s/k garam (kisar kering)**
2s/b dutch-processed cocoa/serbuk koko biasa** ~saya guna cocoa powder biasa je,sbb tu color merah dia kurang dramatic *^_^*
1/2 cwn (113 gram) butter
1 1/2 cwn caster sugar
2 biji telur (saiz L)
1 s/k vanilla
1 cwn buttermilk (1 cwn susu segar + 1 s/b lemon juice/cuka; prepare ~ 10mins sebelum campur dalam adunan)
1 s/b pewarna merah (liquid)

1 s/k cuka
1 s/k soda bicarbonate (bukan baking powder!!)

cream cheese frosting~saya buat separuh je (pukul everything & adjust sendiri utk thickness yg dikehendaki ~ add gula klu nak kental,add cream utk cairkan, pastu add kat FB..haha..=p)

227 gram cream cheese (agak2)
227 gram mascarpone cheese (mascarpone cheese kat M'sia sangat mahal tebaboo!! so,boleh ganti dgn cream cheese.just double up the cream cheese)
1 s/k vanilla
1 cwn icing sugar (diayak)
1 1/2 cawan heavy whipping cream (saya belasah je guna fresh double cream)


Cara-cara

1. Ayak bahan kering bertanda ** & ketepikan.
2. Pukul butter hingga lembut, masukkan gula, pukul lagi hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
3. Campurkan pewarna merah ke dalam buttermilk.
4. Masukkan campuran tepung berselangseli dengan buttermilk merah sedikit demi sedikit & kaup balik. (Mulakan dengan campuran tepung, dan akhiri juga dengan tepung.)
5. Campurkan cuka dengan soda bicarb, biarkan sehingga ia berhenti  dengan segera, masukkan ke dalam adunan, kacau rata, tuang ke dalam acuan (resepi asal guna loyang 9", saya guna springform 10.5" =D) , ratakan dengan sudu & dengan segera, masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 degree celcius selama 30 minit atau sehingga masak.

credit to k.nina,
http://cantiknyapurple.blogspot.com/

Majlis Fatwa : Syarat-syarat Pelaburan Emas

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA),

SYOKNYA KAHWIN!

ASPEK- ASPEK TEMUDUGA Terdapat dua aspek mustahak mengenai temuduga. Aspek-aspek itu ialah : a. Persediaan b. Tingkah laku semasa temuduga

(A) PERSEDIAAN

1. Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu. Sumber-sumber yang boleh membantu anda ialah : - Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon - Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan - Ibu-bapa, saudara-mara dan rakan-rakan

2. Selidik samada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon itu. Jangan semata-mata bergantung kepada nasib.

3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.

4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan.

Graduan: Matlamat Hidup dan Kerjaya


Matlamat Siswazah dan Graduan Matlamat adalah destinasi hidup. Ia ditentukan oleh kepercayaan yang dipegang oleh seseorang. Seorang siswazah yang berfahaman sosialis, jika beliau mahu berpatisipasi di dalam kelompok sosialnya, akan melihat segala kepincangan yang berlaku dari kaca mata sosialisma. Manakala siswazah yang menganut demokrasi, akan mencari jalan penyelesaian kepada kegawatan masyarakatnya dari sudut prinsip demokrasi yang dipercayainya sebagai jalan keluar. Bagi graduan muslim, alam siswazah semestinya sudah cukup untuk menjelaskan kepada kita tentang matlamat yang seharusnya menjadi destinasi perjuangan.

Segulung ijazah yang terhasil adalah bekalan untuk mengejar matlamat yang semestinya bukan direka cipta sendiri atau oleh sesiapa, melainkan telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam suatu sistem yang bernama ‘Ad-Din’.

TENTANG NISA'

Kebajikan. Kemanusiaan. Kemasyarakatan. NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat. MISI NISA' NISA' berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia.

 Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan. KEAHLIAN NISA' Wanita berusia 15 - 40 tahun LOGO DAN SLOGAN NISA' Slogan NISA' ialah "Penghubung Generasi Muda" atau "Connecting Youth", menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...