Pages

Subscribe:

Sunday, 23 December 2012

Bebas Palestin


Bersemangatlah wahai pemuda pemudi Islam...

Program Palestin Menangis Lagi


Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim- 15 Disember 2012 telah berlangsung satu program kutipan dana untuk Palestin, 'Palestin Menangis Lagi' dengan kerjasama Nisa' Padang Serai, Puspanita PTSB dan Unit Remaja PAKSI. Majlis yg mendapat sentuhan istimewa dan tiupan semangat dari sukarelawan Muslim Care Malaysia Society, Saudara Riduan Mohd Noor menghangatkan lagi majlis.  Majlis yg bermula pada pukul 9 malam itu mendapat sambutan diluar jangkaan dimana kira-kira 300 orang hadirin memenuhi dewan. Majlis bermula dengan baik dan penceramah mula menceritakan sejarah awal Palestin dan pengalaman beliau berada di Gaza pada hujung November yg lalu. Majlis yg diselang seli dgn slide show dari bumi Gaza amat menyentuh hati para hadirin. Majlis tamat pada pukul 11 malam setelah upacara penyerahan wang dan cek dari NGO, jabatan kerajaan, individu pensendirian dan para hadirin kepada wakil Muslim Care. Pada malam itu, wang sebanyak RM 8k berjaya dikumpul. Ini menunjukkan petanda baik dari  warga Kulim yg prihatin dengan isu besar umat Islam ini. Alhamdulillah. Moga program ini akan diteruskan pada masa hadapan. Terus menyumbang untuk Palestin, mereka saudara seislam kita, di bawah akaun Maybank Muslim Care Malaysia Society 564490211159 (Viva Palestine). 



                                       




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...