Pages

Subscribe:

Tuesday, 13 January 2015

LADIES PROJECT REVIEW



Hujung Disember 2014 yg lalu..negara digemparkan dengan banjir besar di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kemusnahan harta benda sangatlah ketara dan berskala besar. Banjir yang dianggap tsunami kecil dan datang tiba-tiba itu membuatkan rakyat meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat di negeri pantai timur khususnya, warga Nisa' Padang Serai telah melancarkan program Ladies Project. Program wanita untuk wanita ini memfokuskan sumbangan tunai untuk membeli keperluan peribadi wanita. Kutipan dana yang dilancarkan pada 1 Januari 2015 itu telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM 3K plus. Kami warga Nisa' Padang Serai mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma yg budiman. Semoga amal jariah kalian akan diganjari oleh Allah s.w.t.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...