Pages

Subscribe:

Monday, 3 August 2015

ZIARAH RAMADHAN NISA' 2015


Tanggal 27 Jun 2015, Dengan izin Allah s.w.t,  Pertubuhan Nisa' Padang Serai telah mengadakan satu program ziarah mesra ke hospital Kulim. Program yang diberi nama Ziarah Ramadhan Nisa' 2015 ini mendapat kerjasama dari pihak Hospital Kulim sendiri dan disertai oleh ahli Nisa' Padang Serai dan kakitangan hospital. Mengambil objektif berkongsi keceriaan sempena Ramadhan bersama pesakit di hospital dengan memberi sumbangan berbentuk makanan dan flyers hasil kutipan dan sumbangan wang daripada orang ramai. Seramai lebih kurang 20 peserta yang menyertai program ini. Sambutan yang diterima di kalangan kakitangan hospital, pesakit dan orang ramai amatlah menggalakkan. Pelbagai kisah dan iktibar diambil oleh para peserta sepanjang program berlangsung. Sebanyak 100 beg telah berjaya diedarkan dan memberi senyuman keceriaan dikalangan pesakit. Program ini berakhir jam 3.30 petang dengan harapan dan doa untuk semua yang terlibat. Diharapkan, program ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat dan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. 

senyum =)


@ Lobi hospital..baru sampai

Sebahagian peserta @ ahli Nisa'

Kit kasih sayang

Beramah mesra bersama pesakit

Gotong royong for goodies

Lagi...semua sedang tekun bekerja

Kurma n kismis sedang dipack

Flyers untuk diisi dalam kit kasih sayang

Flyers untuk pesakit





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...