Pages

Subscribe:

Wednesday, 19 August 2015

RIANG RIA RAYA NISA' 2015






Alhamdulillah..diberi kesempatan untuk bersama lagi di Syawal ini, 1436H..Sebahagian foto riang ria raya Nisa' di rumah admin Nisa'...tarikh keramat ..15 Ogos 2015 bersamaan 30 syawal 1436H...hehe..Enjoy!

The beginning

Gelak apa tu?


Model raya Nisa', Humaira si pinky..

Bihun sup admin..sedap kan?..hehe

Makan2..sembang pun sembang


Mee Rebus..nyum2

Lontong n bihun sup..potluck2 blaka..


Jemputan, Badar MRSM PDRM

Adik2 bakal pelapis jalan dakwah


Anak2 pun ada..the abnaul harakah..









Monday, 3 August 2015

ZIARAH RAMADHAN NISA' 2015


Tanggal 27 Jun 2015, Dengan izin Allah s.w.t,  Pertubuhan Nisa' Padang Serai telah mengadakan satu program ziarah mesra ke hospital Kulim. Program yang diberi nama Ziarah Ramadhan Nisa' 2015 ini mendapat kerjasama dari pihak Hospital Kulim sendiri dan disertai oleh ahli Nisa' Padang Serai dan kakitangan hospital. Mengambil objektif berkongsi keceriaan sempena Ramadhan bersama pesakit di hospital dengan memberi sumbangan berbentuk makanan dan flyers hasil kutipan dan sumbangan wang daripada orang ramai. Seramai lebih kurang 20 peserta yang menyertai program ini. Sambutan yang diterima di kalangan kakitangan hospital, pesakit dan orang ramai amatlah menggalakkan. Pelbagai kisah dan iktibar diambil oleh para peserta sepanjang program berlangsung. Sebanyak 100 beg telah berjaya diedarkan dan memberi senyuman keceriaan dikalangan pesakit. Program ini berakhir jam 3.30 petang dengan harapan dan doa untuk semua yang terlibat. Diharapkan, program ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat dan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. 

senyum =)


@ Lobi hospital..baru sampai

Sebahagian peserta @ ahli Nisa'

Kit kasih sayang

Beramah mesra bersama pesakit

Gotong royong for goodies

Lagi...semua sedang tekun bekerja

Kurma n kismis sedang dipack

Flyers untuk diisi dalam kit kasih sayang

Flyers untuk pesakit





Sunday, 21 June 2015

#SMALL KINDNESS





Assalamu’alaikum teman-teman yang pemurah.

Ramadhan ini kami akan menziarahi para pesakit yang terlantar di hospital bagi mengukir senyuman dan harapan agar mereka turut dapat merasai kebahagiaan menyambut Ramadhan. Antara yang akan dikirimkan di dalam setiap ‘Kit Kasih-Sayang’ ini ialah;

1. Kurma
2. Goodies berbuka puasa
3. Risalah tazkirah
4. Panduan solat bagi kes istihadah & fidyah serta qadha’ puasa bagi pesakit wanita
5. dll

Akaun alternatif:
[Maybank Berhad] 152068997484 - Nurhafizah Yaakob
[CIMB] 7047755307 - Siti Noor Khamariah Ramli
email notification ke nisa.padangserai@gmail.com

#smallkindness
#bighope

Salam kasih sayang,
Nisa’ Padang Serai

Wednesday, 17 June 2015

MY BEAUTIFUL GIRLS

Remaja adalah antara kelompok terpenting dalam masyarakat. Berumur antara 11-21 tahun memiliki berbagai ragam akhlak yang harus diambil pusing. Cakna dengan gejala sosial dan kebejatan akhlak yang semakin membarah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah, Kulim dengan kerjasama Pertubuhan Nisa' Padang Serai telah mengadakan satu program yang dinamakan My Beautiful Girls. Ia diadakan pada 27 Mei 2015. Program yang berunsurkan ceramah dan motivasi ini mendedahkan pelajar-pelajar peri pentingnya kesihatan dan akhlak remaja. Moga ia memberi manfaat kepada semua yang terlibat.



 Sebahagian pelajar dan fasi yang ceria

Pelajar khusyuk mendengar ceramah


Pendaftaran para fasi yang dijemput khas

 Dr. Radhiya sedang memberi ceramah

 Fasi yang sporting!

Aktiviti LDK.


Sebahagian fasilitator sedia menjamu selera setelah berprogram.

Sunday, 12 April 2015

10 Muwasafat Tarbiyyah

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.
Sifat-sifat yang perlu ada pada diri seorang daie ialah:



MOGA BERMANFAAT..

RUKUN USRAH

Assalamualaikum geng usrah nisa' padang serai..lamo x jumpa deh...saja nak revise balik rukun usrah yg tiga itu..Imam Hassan al-Banna ada menjelaskan 3 rukun usrah iaitu:



1. Al-Ta’aruf ( Berkenalan ) : Berkenalan dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada Allah serta memahami pengertian hakikat ukhuwwah ( persaudaraan) sejati di antara satu sama lain.

2. Al-Tafahum ( Bersefahaman ) : Bersefahaman untuk berpegang kepada kebenaran ; iaitu amal makruf nahi mungkar. Setelah itu, menasihati antara satu sama lain.

3. Al-Takaful ( Berseimbangan ) : Dasar memelihara nasib sesama sendiri supaya jangan ada yang terbiar dan terlantar. Hendaklah sentiasa bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarahi, dan menolong di antara satu sama lain.



jOM BERUSRAH SAHABAT..MOGA ALLAH BAGI PELUANG UNTUK KITA BERJUMPA DAN MERANCANG PROGRAM2 BARU..



Tuesday, 13 January 2015

LADIES PROJECT REVIEW



Hujung Disember 2014 yg lalu..negara digemparkan dengan banjir besar di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kemusnahan harta benda sangatlah ketara dan berskala besar. Banjir yang dianggap tsunami kecil dan datang tiba-tiba itu membuatkan rakyat meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat di negeri pantai timur khususnya, warga Nisa' Padang Serai telah melancarkan program Ladies Project. Program wanita untuk wanita ini memfokuskan sumbangan tunai untuk membeli keperluan peribadi wanita. Kutipan dana yang dilancarkan pada 1 Januari 2015 itu telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM 3K plus. Kami warga Nisa' Padang Serai mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma yg budiman. Semoga amal jariah kalian akan diganjari oleh Allah s.w.t.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...